"Cantik istri abang hari ini", Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah", Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ini".
Julia hanya tersenyum melihat suaminya melayani anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ini sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk cuti panjang". Ahmad berkata kepada istrinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam.
Liz dan Lin dah pun terlelap di kursi belakang. Begitu juga istrinya,
Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba ke kampung", Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan gas keretanya. Semakin lama mobilnya semakin laju dan Ahmad semakin seronok, Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal gas ditekannya lagi dan Honda Civicnya mulai melaju pesat. Ahmad cilok kiri, cilok kanan, Habis semua kendaraan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa itu. Terlupa dia sekejap pada anak dan istrinya yang sedang tidur.
"Eh Abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa..., jangan laju sangat bang, Julia takut."
Julia coba membujuk Ahmad supaya memperlahankan kendaraannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspress tadi.
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...," Ahmad terus masuk gear 3, pedal gas ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan..., di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan....,, BANG!!!
"Julia..., bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda..., mana anak-anak saya mak?" bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macam mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANG!!! Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don't go breaking my heart Mom!!
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun males, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang! Asar pun dah naik habis!"
Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...., dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskuit!"
Komentar
Posting Komentar